Majlis Daerah Kuala Pilah
Majlis Daerah Kuala Pilah
Sistem Rasmi Pihak Berkuasa Tempatan

Majlis Daerah Kuala Pilah

Pihak Berkuasa Tempatan Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Buat tempahan fasiliti awam di bawah Majlis Daerah Kuala Pilah secara dalam talian – mudah, pantas dan selamat.

4
Fasiliti Tersedia
06-4812345
Talian Hubungi
info@mdkp.gov.my
E-mel
Jalan Dato' Undang, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Alamat

Fasiliti Majlis Daerah Kuala Pilah

Fasiliti yang tersedia untuk ditempah

Bilik Mesyuarat Dan Dewan Mini Perkampungan Budaya Terachi
Sesi Bebas - Kumpulan Aktif

Bilik Mesyuarat Dan Dewan Mini Perkampungan Budaya Terachi

Bilik berhawa dingin dengan kapasiti 30 orang Tambahan 1 jam RM50

Dewan Tuanku Ampuan Najihah
Harian Aktif

Dewan Tuanku Ampuan Najihah

Kapasiti: lebih daripada 500 orang Sesuai untuk acara besar seperti pameran perdagangan, perayaan atau konsert besar.

Dewan Dato' Bahaman Shamsuddin
Harian Aktif

Dewan Dato' Bahaman Shamsuddin

Kapasiti: 300-500 orang Sesuai untuk pameran, konsert atau acara besar lain.

Dewan Bandaran Kuala Pilah
Harian Aktif

Dewan Bandaran Kuala Pilah

Kapasiti: 100-300 orang Tempoh sewaan untuk 9 jam sahaja. Sesuai untuk mesyuarat perniagaan, persidangan atau majlis perkahwinan bersaiz sederhana.

Cara Membuat Tempahan

Proses mudah dalam 4 langkah – tiada akaun diperlukan

1

Pilih Fasiliti

Semak fasiliti yang tersedia mengikut tarikh dan masa pilihan anda.

2

Isi Borang

Lengkapkan maklumat permohonan tempahan termasuk tarikh dan tujuan.

3

Kelulusan

Pihak majlis akan menyemak dan meluluskan permohonan anda.

4

Bayaran

Setelah diluluskan, buat bayaran dalam talian atau di kaunter.

Mengenai Majlis Daerah Kuala Pilah

Sistem e-Tempahan Majlis Daerah Kuala Pilah untuk tempahan fasiliti awam.

Syarat-Syarat Tempahan

1
Bagi pengguna JABATAN ATAU AGENSI, surat permohonan hendaklah dihantar ke pejabat Majlis.
2
Pengguna BERTANGGUNGJAWAB terhadap peralatan disekitar fasiliti dan jika terdapat kerosakan atau kehilangan maka bayaran / surcaj akan dikenakan mengikut nilai terlibat.
3
Pihak Majlis BERHAK MEMBATALKAN / MENUNDA segala tempahan jika terdapat sebarang program / majlis yang dianjurkan oleh Majlis atau dari Agensi Kerajaan dan segala pembayaran akan dikembalikan.
4
Penyewa bertanggungjawab menjaga kebersihan selepas menggunakan fasiliti serta harus memastikan setiap peralatan dapat dikeluarkan dari fasiliti selewat-lewatnya 1 HARI selepas majlis dan mengikut keadaan dari semasa ke semasa.
5
Sebarang PENYAMBUNGAN PENDAWAI ELEKTRIK hendaklah dimaklumkan dan mendapat kebenaran daripada Majlis bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak di ingini.
6
Tidak dibenarkan mengubah sebarang peralatan tanpa kebenaran pihak Majlis.

Bersedia Untuk Membuat Tempahan?

Semak fasiliti yang tersedia dan buat tempahan dalam beberapa minit sahaja.

Semak Fasiliti Sekarang